Rahsia Jana Pendapatan 4 Angka Sebagai Usahawan Pak Mat Western

Rahsia Jana Pendapatan 4 Angka Sebagai Usahawan Pak Mat Western
Saya memang minat berniaga tapi tak tahu bagaimana nak menjual.

Kata-kata diatas pernah keluar dari mulut salah seorang Stokis Kambing Perap Pak Mat Western iaitu Kak Lin.

Kisah yang ingin dikongsikan kali ini ialah tentang Kak Lin, yang merupakan salah seorang Stokis Kambing Perap Pak Mat Western yang kini telah berjaya membuat jualan bulanan melebih RM16,000 sebulan. Namun, sebelum ini sebenarnya beliau tak pernah pun berniaga.
Dulu, beliau merupakan seorang suri rumah yang juga mengambil upah menjaga anak-anak jiran sebagai pendapatan sampingan. 

Walau bagaimanapun selepas beberapa lama menjadi usahawan Pak Mat Western, beliau berhenti kerja daripada mengambil upah menjaga kanak-kanak dan mula fokus pada perniagaan kambing perap sepenuh masa kerana keuntungan yang lebih lumayan.

Pada permulaannya, beliau menceburi bidang perniagaan ini kerana suka-suka dan ingin mencuba nasib. Dengan bermodalkan RM450 beliau memberanikan diri untuk menjadi ejen Pak Mat Western dan terus mendapatkan stock Kambing Perap Pak Mat Western sebanyak 15paxs dan mula memasarkan kepada keluarga, rakan-rakan serta sahabat handal.

Beliau memang minat berniaga, tetapi tak tahu bagaimana nak menjual! Walaupun pada mulanya rasa takut stock tidak habis dan tiada pelanggan yang akan membeli, tetapi beliau nekad untuk memilih perniagaan ini kerana yakin dengan kekuatan produk jenama Pak Mat Western yang menjadi viral di kalangan rakyat Malaysia dan mendapat review yang sangat baik dari artis-artis dalam negara.


Hari pertama yang sangat mengujakan. Itulah yang dirasai oleh beliau. Dengan kelebihan produk keluaran Pak Mat Western yang telah dikenali ramai, stock pertama kali yang diambil habis dalam masa sehari sahaja. Alhamdulillah, beliau berhasil mendapatkan jualan sebanyak RM525 dengan keuntungan bersih RM75. Memang seronok sebab buat pertama kalinya, beliau dapat hasil jualan daripada berniaga sendiri.  Dari situlah beliau bermula dan terus belajar berniaga bersama team Pak Mat Western. 

Walaupun keuntungan hanya RM5/paket sebagai ejen, beliau semakin yakin untuk terus mengusahakan perniagaan ini kerana pelanggan yang telah menikmati keenakan kambing perap Pak Mat Western kembali menghubungi beliau untuk repeat order. Ini yang menyebabkan beliau menjadi semakin bersemangat untuk mengusahakan dengan bersungguh-sungguh. 


Dalam tempoh sebulan yang pertama, beliau hanya fokus marketing secara online iaitu melalui facebook dan beliau berjaya menjana keuntungan RM1,000 sebulan dan akhirnya beliau memutuskan untuk memberi tumpuan sepenuh masa dengan perniagaan ini. Setelah 3 bulan mengusahakan perniagaan ini sebagai ejen, beliau berjaya mengumpul modal yang lebih besar untuk menjadi seoarang stokis Pak Mat Western.

Setelah hampir 5 bulan berkecimpung dalam perniagaan ini, hasil jualan beliau telah meningkat kepada lebih RM16,000 sebulan. Alhamdulillah, pencapaian ini sangat membanggakan beliau. Kini beliau telah mempunyai ramai regular customer yang sering repeat order untuk dapatkan kambing perap Pak Mat Western setiap bulan.  Beliau kini sedang menikmati keseronokan dan kelebihan menjadi Stokis Pak Mat Western dengan mendapat bulanan sekitar RM3,000/sebulan. Beliau kini terus meningkatkan ilmu marketing online dan membina pasaran untuk dirinya.

Bayangkan setahun yang akan datang, pastinya beliau akan lebih dikenali dan pasarannya terus berkembang selari dengan perkembangan syarikat Pak Mat Western dalam negara. Yang pasti apabila regular customer beliau bertambah, pendapatan bulanan nya akan semakin bertambah. Semakin Pak Mat Western terus berkembang maju, semakin berutunglah beliau kerana semakin ramai rakyat Malaysia akan terus mencari beliau untuk mendapatkan Kambing Perap Pak Mat Western.


Aduhh..ruginya jika peluang ini tidak aku terokai sekarang???

Mahukah anda kami bimbing untuk menjadi usahawan PMW seperti Kak Lin yang kini telah berjaya menjana pendapatan melalui online bisnes?

Kalau nak cuba jadi stokis atau ejen, habaq mai cepat. Kami bantu dan bimbing anda. Kami perlukan stokis dan ejen yang betul-betul berkualiti dan hanya terhad untuk 30 orang saja.

Whatsapp nombor di bawah ya :
Whatsapp 011-51161737
Kalau ada apa nak tanya lagi, kita bincang dalam Whatsapp k?
CLICK CLICK

http://wasap.my/601151161737/MVFSayaNakJoinPMW